Monday 24 August 2015

..SAYANG BUKAN TAK SAYANG..

Assalamualaikum dan selamat petang blog reader :)


Sedar tak sedar, hari berganti hari, 286 kali kelip mata dalam satu hari, hembusan nafas bersilih ganti, aku sudah akhiri tahun ketiga di Universiti Malaya yang penuh dengan memori,. <= yang bilangan kelip mata tu tipu je haha,. Tahun ketiga merupakan tahun paling tough yang aku harungi dengan bilangan jam kredit yang banyak dan dalam masa yang sama menyelesaikan final year project,. mau tak terkincit,. Tapi sesusah mana pun kerja atau ujian yang kita hadapi, Allah takkan beri pada kita jika kita tak mampu nak hadapi,. Jadi, bila kita dah mula mengeluh, cuba muhasabah diri balik dan cuba berfikiran positif,. Nothing impossible,. Memang mula2 rasa susah dan kadangkala terpaksa menebalkan muka, tapi orang yang berjaya adalah orang yang bermula dari bawah,. Perkara paling penting sebenarnya kena rajin, tu je la,. Lagi satu, jangan bertangguh la,. Dah, tu je,. Dah lepas tahun ketiga ni dah susah sikit nak berkumpul dengan classmate ramai2 macam dalam kelas,. Dan disebabkan itu, kemain la kitorang plan nak bergambar ramai2 satu kelas untuk pertama kalinya dan terakhir kalinya rasanya banyaknya nya kau,. Walaupun kadang rajin bertekak dalam kelas tapi sebenarnya masing2 sayang,. Nak berpisah tu sedih,. Terima kasih la kawan2 sebab sama2 kongsi susah senang gaduh ketawa selama tiga tahun,. Panjang umur boleh lagi kumpul ramai2 bertekak haha,. Ayat terakhir untuk kawan2 => SAYANG BUKAN TAK SAYANG  <3
XOXO




No comments:

Post a Comment