Tuesday, 15 April 2014

..PENGALAMAN BERHARGA..

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah kali ni dah masuk tahun yang kedua saya join group boria Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya. Masih lagi setia dan tiada rasa gundah gulana walau sedikit pun. Walaupun pada mulanya agak susah nak bangunkan kumpulan boria untuk tahun ini sbb masalah kekurangan ahli, tapi saya dengan ahli yg lain masih lagi kuat untuk meneruskan perjuangan kami,. Tambah2 pula ahli lelaki hanya ada beberapa kerat je, lagi la rasa kurang bersemangat sbb x dapat nak buat step partner,. Kiranya nak tubuhkan kumpulan boria tahun ni agak sakit la,.Tapi hari demi hari ada je berita baik,.Ahli kumpulan pun semakin bertambah,.Semangat pun makin bertambah walaupun ahli kumpulan masing2 sibuk sbb kebanyakannye memegang jawatan pengarah, tapi kami tetap gigih,.Tahun ni mmg kami xde buat apa2 target langsung,.mmg x mengharap pun nak dapat gelaran juara,.kami cuma nak buat yg terbaik dan cukuplah hati kami puas dengan apa yg kami persembahkan nanti,.apa yg kami buat cuma ikut semua kriteria yg juri inginkan,.

Hari semakin hari, tarikh pertandingan semakin dekat tapi kami masih lagi boleh practice dgn relax-nye tanpa stress,.agak pelik sebenarnye sbb tahun lepas kemain la push training bila dah saat2 akhir mcm tu,.Tapi dalam hati tu ada satu perasaan yakin yg kami xkan hampakan kolej,.tambah2 pulak tahun ni cuma ada 5 kumpulan je,mmg sah2 la semua kumpulan dpt placing,.Tahun lepas dah agak kecewa sbb dpt no 3 je,tapi tahun ni relax je,.kalau boleh xnak target apa2 sbb xnak lagi kecewa mcm tahun lepas,.Alhamdulillah, tahun ni dgn tak disangkanya kami dinobatkan sebagai juara,.harapan semua pihak termakbul,.Kami berjaya bawak nama kolej ke pentas DTC di malam juara2 sebagai juara,.segala pengorbanan, penat lelah dah terbayar bila dpt pegang piala juara boria malam tu,.Hanya senyuman je yg terukir di bibir untuk hari2 yg seterusnye,.rasa seronok tu x dpt nk sorok,.tambah2 pulak kawan2 semua ucap tahniah, lagi berbunga-bunga je hati ni,.xde ape lg yg lebih menyeronokkan mse tu melainkan kepuasan di atas usaha selama ni,.

Yang penting sebenarnye usaha kita dan kekuatan kita untuk teruskan apa yg kita dah buat tu sampai habis,.Pengalaman berharga ni akan kita simpan dan bawa untuk akan dtg agar dpt memberi semangat untuk org lain pada masa akan dtg ^^







Partner boria^^