Tuesday 24 February 2015

..Mini Macaroon..

Assalamualaikum,.
Selamat petang,.
Hari ni nak share resepi macaroon yang saya cuba buat masa cuti sem yang baru ni,.Resepi ni cari dari google je,.So,resepi yang ada kat sini saya copy paste je dengan niat nak share sama2 dengan semua,.Harap dapat membantu kawan2 :)


80gram putih telur - anggaran 2 biji jika gred A (suhu bilik)
65gram gula castor - kalau nak kurang manis,letak dalam 2 sudu je
80gram serbuk almond
140gram gula icing - kalau nak kurang manis boleh kurangkan kuantiti
pewarna
ganache - yang ni saya guna nutella je

Sebelum kita mula, kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas baking paper dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper, mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dengan air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye, jangan sampai tercedera pula, sebab panas tu.

Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.

Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dengan menggunakan mixer dan berkelajuan maximum. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dalam 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye. Dia dah bertanduk tu dah kira ok.

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula je. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit demi sedikit dan gaulkan dengan kaedah yang sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannya sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi ke dalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas baking paper tadi. Siapkan sampai habis.

Ambil toothpick, pecahkan mana2 gelembung udara yang terbentuk di permukaan macaroon ini untuk mengelakkan permukaan macaroon jadi berlubang bila dibakar.

Rehatkan macaroon lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaroon benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macaroon ia tak melekat kat tangan.

Panaskan oven 150c atau 140c mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macaroon pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 - 20 minit. Setelah masak, letakkan macaroon bersama baking paper atas rack dan biarkan ia sejuk.

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache.


Yang ni first try saya. Nampak agak comot tapi sedap. Rasa crunchy.




Selamat mencuba :)
XOXO