Thursday 2 October 2014

..SAYA DAH TUA..

Assalamualaikum,.
Selamat petang yang mendung kelabu dan bakal hujan lebat,.


Dah lama rasanya tak menulis, bakat menulis pun dah makin tumpul,.buktinya, tengok la nanti post ni panjang ke tidak heh,.
Pejam celik pejam celik dah tahun yang ketiga study kat UM ni,.tak rasa macam tahun ketiga pun, lagi rasa macam 19 tahun ada la,hiks,.serius,.kalau tengok, first year student lagi besar daripada saya yang kecik ni,.kalau mengaku first year pun dorang boleh percaya,.tambah2 pulak dorang nampak lagi matang,.apakan daya, Allah dah kurniakan tubuh badan begini,.tapi tak pe la,boleh fefeeling muda je hehhee,.tapi bab kena panggil akak tu mmg awkward la,.even budak sekolah menengah pun saya tak bagi dorang panggil saya akak haha,.almaklum la,tak ada adik, mana biasa orang panggil akak2 ni,.tapi tak kisah pun kalau dorang nak panggil akak,.bagi saya, umur tu bukan penghalang untuk kita bergaul mesra sebagai kawan rapat,.kalau boleh tak nak la panggilan akak tu menyebabkan ada gap dalam persahabatan antara senior dan junior,.

Sejak masuk sem 5 ni, macam2 ujian jugak saya dapat,.agak tertekan,.sehinggakan hampir tiap malam akan sakit kepala,.bila ada masalah kat uni je mesti teringat mak abah kat rumah,.bila usia makin meningkat, macam2 perkara kita nak fikir,.risau itu risau ini,.saya tahu saya ni jenis yang tak pandai nak ekspresikan perasaan pada mak abah,.bila cuba nak tunjuk je mesti mak abah akan fikir anak dia ni buang tebiat haha,.tapi itu la yang kadang buat mereka terhibur dan akan rasa rindu bila kita tak ada di rumah,.*tetibe rase nak nangis pulak,ujan lebat ni*,.kadang tu, bila usia semakin meningkat, kita akan rasa lebih terbuka untuk bercerita itu ini dengan mak abah,.sebabnya, kita akan rasa mak abah lebih bersifat terbuka,.ye la kan,dah dewasa,.mesti la cara layanan pun dah lain,.bak kata kakak saya, bila umur dah 21 ni kita dah dikira bebas,.*oke xde kaitan haha*

Apa2 pun, kita mesti berfikiran positif terhadap semua ujian yang kita hadapi,.fikir baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan sebab akan effect hidup kita pada masa akan datang,.

Terima kasih pada yang dah mendorong saya untuk menjadi seorang yang matang,.
XOXO :)



Friday 25 July 2014

..COOKIES LILI FAMOUS AMOS :D..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Dalam bulan ramadhan kali ni terasa nak cuba buat cookies la pulak,.haa gigih la saya google resepi,.kononnya raya kali ni nak makan biskut ala-ala famous amos gitu,hehe,.kat bawah ni resepinya ye :)


Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Haa selamat mencuba ye
XOXO




tadaaaa,hee xberapa nak lawa cookies ni

Tuesday 22 July 2014

..TAMAT SUDAH TAHUN KEDUA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Pejam celik pejam celik sekejap je dah tamat tahun kedua saya di UM,. Macam x rasa je masa tu berlalu,. Banyak benda baru yg saya belajar di tahun kedua ni terutamanya di fakulti sebab saya baru pilih majoring untuk sem 4,. Bila dah berpisah dengan kawan mengikut majoring ni,bilangan dalam kelas pun makin sikit la,. Mula2 tu macam x biasa sebab dah selesa dengan kelas yg padat,tapi lama2 tu rasa ukhuwah antara kawan dalam kelas tu semakin rapat sebab bilangan yg sikit lagi senang kita nak berinteraksi antara satu sama lain,. Tapi masih lagi rapat juga la dengan kawan2 yg majoring lain,. Kalau ada masa terluang tu mesti akan gather sama2,.
Dalam tahun kedua ni,benda yg sy nak cerita adalah mengenai group assignment atau project,. Sudah semestinya kita xboleh berat sebelah dan banyak mengharapkan kawan untuk menyiapkan kerja tu,kita pun kena juga buat sama2 sebabnya apa yg kita buat sekarang ni akan kita apply untuk akan datang terutamanya bila dah kerja,. Kalau kita x buat, nanti bila dah kerja baru la terhegeh-hegeh nak belajar dan mintak tolong kawan,. Kadang tu,benda kecil pun sebenarnya sangat berguna untuk kita pada masa akan datang,. Haa,harap2 kita ringan2kan la tulang dan rajin2kan la otak untuk membuat kerja,.
Salam Ramadhan^^
XOXO
Rakan seperjuangan :D




Tuesday 20 May 2014

..PESTA PANTUN BESTARI 2014..

Assalamualaikum dan selamat petang,.
Hari ni nk throwback sikit pasal Pesta Pantun Bestari yg berlangsung pada 8 hingga 11 April yg lepas,. Sebenarnye projek PPB ni mmg xde langsung dalam perancangan saya,. Mmg x terfikir pun nak join,. Tapi disebabkan pada satu hari tu kawan saya yg merupakan setiausaha PPB call saya dan minta saya untuk menjadi penolong pengarah bagi unit hadiah, maka saya pun pada waktu itu yg berada dalam keadaan mamai menerima tawaran tersebut,emm emm,. Pada mulanya mmg agak sukar untuk saya memegang jawatan tersebut sbb saya langsung xde pengalaman dalam projek PPB ni,. Jadi, saya tak tahu apa2 dan agak terkapak-kapai,. Beruntungnya saya sbb ada senior lepas yg membantu saya untuk membuat gerak kerja,. Seperti biasa, mne ada kerja yg senang, terpaksa la bertungkus lumus nk buat itu ini,. Seminggu sebelum event mmg dah rasa berdebar,. Disebabkan xde pengalaman, x sabar jugak la nk rasa mcm mne event tu berjalan,. Alhamdulillah, opening dan closing untuk PPB14 berjalan dengan lancar dan meriah,. Mmg semua tu satu pengalaman yg berharga,. Tambahan pula, semua peserta sgt peramah dan pandai berpantun,. Sebenarnye saya ni agak suka pada pantun,. Jadi, setiap kali mendengar peserta berpantun mmg akan rasa kagum sgt,. Kagum dengan kebolehan peserta mencipta pantun,. Sebenarnye sekarang ni agak rindu la jgak nk dgr diorang berpantun,. Rasa x sabar pulak nk jumpa dgn diorang pada sesi akan dtg,. Harap2 tahun depan PPB akan lebih gempak,. yyeeaahhhhhhhh!!






Tuesday 15 April 2014

..PENGALAMAN BERHARGA..

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah kali ni dah masuk tahun yang kedua saya join group boria Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya. Masih lagi setia dan tiada rasa gundah gulana walau sedikit pun. Walaupun pada mulanya agak susah nak bangunkan kumpulan boria untuk tahun ini sbb masalah kekurangan ahli, tapi saya dengan ahli yg lain masih lagi kuat untuk meneruskan perjuangan kami,. Tambah2 pula ahli lelaki hanya ada beberapa kerat je, lagi la rasa kurang bersemangat sbb x dapat nak buat step partner,. Kiranya nak tubuhkan kumpulan boria tahun ni agak sakit la,.Tapi hari demi hari ada je berita baik,.Ahli kumpulan pun semakin bertambah,.Semangat pun makin bertambah walaupun ahli kumpulan masing2 sibuk sbb kebanyakannye memegang jawatan pengarah, tapi kami tetap gigih,.Tahun ni mmg kami xde buat apa2 target langsung,.mmg x mengharap pun nak dapat gelaran juara,.kami cuma nak buat yg terbaik dan cukuplah hati kami puas dengan apa yg kami persembahkan nanti,.apa yg kami buat cuma ikut semua kriteria yg juri inginkan,.

Hari semakin hari, tarikh pertandingan semakin dekat tapi kami masih lagi boleh practice dgn relax-nye tanpa stress,.agak pelik sebenarnye sbb tahun lepas kemain la push training bila dah saat2 akhir mcm tu,.Tapi dalam hati tu ada satu perasaan yakin yg kami xkan hampakan kolej,.tambah2 pulak tahun ni cuma ada 5 kumpulan je,mmg sah2 la semua kumpulan dpt placing,.Tahun lepas dah agak kecewa sbb dpt no 3 je,tapi tahun ni relax je,.kalau boleh xnak target apa2 sbb xnak lagi kecewa mcm tahun lepas,.Alhamdulillah, tahun ni dgn tak disangkanya kami dinobatkan sebagai juara,.harapan semua pihak termakbul,.Kami berjaya bawak nama kolej ke pentas DTC di malam juara2 sebagai juara,.segala pengorbanan, penat lelah dah terbayar bila dpt pegang piala juara boria malam tu,.Hanya senyuman je yg terukir di bibir untuk hari2 yg seterusnye,.rasa seronok tu x dpt nk sorok,.tambah2 pulak kawan2 semua ucap tahniah, lagi berbunga-bunga je hati ni,.xde ape lg yg lebih menyeronokkan mse tu melainkan kepuasan di atas usaha selama ni,.

Yang penting sebenarnye usaha kita dan kekuatan kita untuk teruskan apa yg kita dah buat tu sampai habis,.Pengalaman berharga ni akan kita simpan dan bawa untuk akan dtg agar dpt memberi semangat untuk org lain pada masa akan dtg ^^







Partner boria^^

Thursday 27 February 2014

..KELAS ANGKLUNG..

Assalam dan selamat petang,salam makan cekodok dgn pisang goreng,.

Ni ha nak cerita pengalaman pg klas angklung,.semalam second day klas angklung,.sangatlah seronok sebab second day kelas dah dapat pegang angklung tu sendiri,.tapi sorang dapat pegang satu je la dan main peranan untuk main satu jenis bunyi je,.macam biasa la kalau first time dapat pegang benda2 macam tu,memang tangan ni nak goncang je angklung tu,.seronok dengar bunyi dia,hehe,.lecturer kate,kalau nak goncang jangan goncang dengan badan skali,buruk beno,haha,.goncang tangan je,ala ala parkinson gitu,.permainan musik ni sesuai untuk orang parkinson je la kalau gitu,hahahaha,.

So semalam cuba try test power kitorang satu kelas main lagu labu-labi,.mula2 tu x boleh detect lagu ape,abes terabur ade yang x sabor nak goncang,haha,.lepas 2 3 kali main tu dah mula sedap dah,.rase bangga kejap sbb dapat main lagu,harharhar,.lepas tu test power lagi main lagu tinggal kenangan pulak,.haa lentok habes,.kira lecturer kitorang ni layan lagu sentimental la,tu yang best tu,.kelas 3 jam pun macam x terasa lama sbb mmg syok blaja angklung,.angklung ni berasal dari Indonesia ye,jgn pulak kate angklung ni dtg dr Malaysia,haa kang ade yg kena marah nanti,.kejap kejap~~~





share gamba pegang angklung kejap,aherher,.gamba ni nampak sikit je,x kasi nampak semua,tunggu minggu ke 12 nanti baru la boleh share gamba penuh,.masa tu akan buat persembahan,haa tunggu ye,.

Sampai di sini sahajalah perkongsian untuk hari ini,.lain kali kte kongsi cerita lain pulak ye,.tata :)

XOXO^^

Friday 21 February 2014

..Hai Hai..

Salam,.ape kabo,.selamat petang,.
Saje hari ni singgah sini sebab nk menyapu nk mengemop nk buang habuk yg dah 12 inci tebalnye,.lame btol aq x buat site visit(melawat blog sendiri),.dy punya malas tu level 4621456,haih la,.mgkn jgak sbb aq blum tukar banner blog ni yg tersangat la buruk,.tu yg nk menaip pn rase x bersemangat je,.masalahnye,aq malas nk design banner yg bru,.haih semuanya malas aq ni,.sudah2 la dgn malas tu,.

Kali ni busy dy menjadi-jadi pulak,.serabut kepala serabut otak,.padan mke sendiri cari kerja kan,skang dah susah nk bahagi masa,.kekadang rase berat sebelah pulak,.setiap hari rase bersalah sbb ade kerja yg aq mengelak n xdpt nk siapkan on time,.ni la akibatnye kalau org tamak,.makan diri sendiri,.kawan2 jgn contohi sy ye,.sy ceritakan ni sbb xnk korg pn buat bnde same nnti,.x baik untuk kesihatan,x baik untuk persekitaran,x baik untuk masa depan,ish3,.

Tp dalam kesibukan aq tu aq masih boleh maintain result,alhamdulillah,.walaupun xde la tggi mne result aq tu tp aq tetap bersyukur,kalau tggi2 sgt pn x boleh,gayat,.tp teringin la jgak nk dapat dean list tu,cuma mgkin usaha aq tu x cukup,.harapan setinggi gunung pn kalau usaha takat kaki gunung je mmg x kemana la,ke laut ade la,haih,.kawan2,kte kalau pasang azam tu kne la usaha untuk tunaikan ye,jgn nanti menyesal x sudah di kemudian hari,.

Amboi banyaknye ceramah aq hari ni,.maafkan sy sbb kadang2 membahasakan diri dgn aq n sy,agak x fix sbb mengikut kesesuaian ayat,.kalau ade yg xsuka tu maaf la ye,.sy hanya insan yg ske membebel pok pek pok pek,.akhir kata drpd diriku,love the person that love you,.hahaha falsafah x masuk topik,oke2 dah,papaiii,.

Sekian, assalamualaikum,.
XOXO