Tuesday 25 August 2015

...SELAMAT PENGANTIN BARU QAESHA..

Assalamualaikum, selamat sore...

Cakap pasal kahwin ni mesti student selalu kata "lagi 5 tahun mesti dapat banyak kad jemputan kawan2", tapi sebenarnya tak payah tunggu 5 tahun, sekarang ni pun dah dapat,. Masa mula2 nisa kata nak bertunang dulu memang semua terkejut la, sebab tak sangka akan secepat ini dan di usia ini,. Tapi tu la, dah jodoh dia sampai dulu,. Aku pulak buat reaksi terkejut yang tahap ape ntah pun taktau, memang terkejut sangat,. Tapi sebenarnya aku happy kawan dah nak tamatkan zaman bujang,. Malah, kitorang yang lagi excited sebenarnya,. Orang yang nak kahwin tu pulak yang takut,. Aku tahu kau nak lari dari rumah lepas siap mekap sebab takut nak akad nikah kan, nak kena sebat nisa ni,. Alhamdulillah, dengan sekali nafas nisa dah jadi isteri orang,. I am happy for you,. Dah, jangan degil2,. Terima kasih sebab jadikan kami ( 4 sekawan sejak sekolah ) bridesmaid,. Kami semua mendoakan yang baik2 je untuk kau,. Selamat melayari bahtera perkahwinan,. Kau tahu apa yang terbaik yang patut kau buat,. Hadiah kahwin yang aku bagi tu dah kira baik la, kalau ikutkan hati aku nak bagi kau kuali je biar rajin masak kat rumah untuk suami haha,. Dah, cuma nak kata "kami sayang cha" <3

XOXO






Monday 24 August 2015

..SAYANG BUKAN TAK SAYANG..

Assalamualaikum dan selamat petang blog reader :)


Sedar tak sedar, hari berganti hari, 286 kali kelip mata dalam satu hari, hembusan nafas bersilih ganti, aku sudah akhiri tahun ketiga di Universiti Malaya yang penuh dengan memori,. <= yang bilangan kelip mata tu tipu je haha,. Tahun ketiga merupakan tahun paling tough yang aku harungi dengan bilangan jam kredit yang banyak dan dalam masa yang sama menyelesaikan final year project,. mau tak terkincit,. Tapi sesusah mana pun kerja atau ujian yang kita hadapi, Allah takkan beri pada kita jika kita tak mampu nak hadapi,. Jadi, bila kita dah mula mengeluh, cuba muhasabah diri balik dan cuba berfikiran positif,. Nothing impossible,. Memang mula2 rasa susah dan kadangkala terpaksa menebalkan muka, tapi orang yang berjaya adalah orang yang bermula dari bawah,. Perkara paling penting sebenarnya kena rajin, tu je la,. Lagi satu, jangan bertangguh la,. Dah, tu je,. Dah lepas tahun ketiga ni dah susah sikit nak berkumpul dengan classmate ramai2 macam dalam kelas,. Dan disebabkan itu, kemain la kitorang plan nak bergambar ramai2 satu kelas untuk pertama kalinya dan terakhir kalinya rasanya banyaknya nya kau,. Walaupun kadang rajin bertekak dalam kelas tapi sebenarnya masing2 sayang,. Nak berpisah tu sedih,. Terima kasih la kawan2 sebab sama2 kongsi susah senang gaduh ketawa selama tiga tahun,. Panjang umur boleh lagi kumpul ramai2 bertekak haha,. Ayat terakhir untuk kawan2 => SAYANG BUKAN TAK SAYANG  <3
XOXO