Friday 25 July 2014

..COOKIES LILI FAMOUS AMOS :D..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Dalam bulan ramadhan kali ni terasa nak cuba buat cookies la pulak,.haa gigih la saya google resepi,.kononnya raya kali ni nak makan biskut ala-ala famous amos gitu,hehe,.kat bawah ni resepinya ye :)


Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Haa selamat mencuba ye
XOXO




tadaaaa,hee xberapa nak lawa cookies ni

Tuesday 22 July 2014

..TAMAT SUDAH TAHUN KEDUA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,.
Pejam celik pejam celik sekejap je dah tamat tahun kedua saya di UM,. Macam x rasa je masa tu berlalu,. Banyak benda baru yg saya belajar di tahun kedua ni terutamanya di fakulti sebab saya baru pilih majoring untuk sem 4,. Bila dah berpisah dengan kawan mengikut majoring ni,bilangan dalam kelas pun makin sikit la,. Mula2 tu macam x biasa sebab dah selesa dengan kelas yg padat,tapi lama2 tu rasa ukhuwah antara kawan dalam kelas tu semakin rapat sebab bilangan yg sikit lagi senang kita nak berinteraksi antara satu sama lain,. Tapi masih lagi rapat juga la dengan kawan2 yg majoring lain,. Kalau ada masa terluang tu mesti akan gather sama2,.
Dalam tahun kedua ni,benda yg sy nak cerita adalah mengenai group assignment atau project,. Sudah semestinya kita xboleh berat sebelah dan banyak mengharapkan kawan untuk menyiapkan kerja tu,kita pun kena juga buat sama2 sebabnya apa yg kita buat sekarang ni akan kita apply untuk akan datang terutamanya bila dah kerja,. Kalau kita x buat, nanti bila dah kerja baru la terhegeh-hegeh nak belajar dan mintak tolong kawan,. Kadang tu,benda kecil pun sebenarnya sangat berguna untuk kita pada masa akan datang,. Haa,harap2 kita ringan2kan la tulang dan rajin2kan la otak untuk membuat kerja,.
Salam Ramadhan^^
XOXO
Rakan seperjuangan :D