Thursday, 2 October 2014

..SAYA DAH TUA..

Assalamualaikum,.
Selamat petang yang mendung kelabu dan bakal hujan lebat,.


Dah lama rasanya tak menulis, bakat menulis pun dah makin tumpul,.buktinya, tengok la nanti post ni panjang ke tidak heh,.
Pejam celik pejam celik dah tahun yang ketiga study kat UM ni,.tak rasa macam tahun ketiga pun, lagi rasa macam 19 tahun ada la,hiks,.serius,.kalau tengok, first year student lagi besar daripada saya yang kecik ni,.kalau mengaku first year pun dorang boleh percaya,.tambah2 pulak dorang nampak lagi matang,.apakan daya, Allah dah kurniakan tubuh badan begini,.tapi tak pe la,boleh fefeeling muda je hehhee,.tapi bab kena panggil akak tu mmg awkward la,.even budak sekolah menengah pun saya tak bagi dorang panggil saya akak haha,.almaklum la,tak ada adik, mana biasa orang panggil akak2 ni,.tapi tak kisah pun kalau dorang nak panggil akak,.bagi saya, umur tu bukan penghalang untuk kita bergaul mesra sebagai kawan rapat,.kalau boleh tak nak la panggilan akak tu menyebabkan ada gap dalam persahabatan antara senior dan junior,.

Sejak masuk sem 5 ni, macam2 ujian jugak saya dapat,.agak tertekan,.sehinggakan hampir tiap malam akan sakit kepala,.bila ada masalah kat uni je mesti teringat mak abah kat rumah,.bila usia makin meningkat, macam2 perkara kita nak fikir,.risau itu risau ini,.saya tahu saya ni jenis yang tak pandai nak ekspresikan perasaan pada mak abah,.bila cuba nak tunjuk je mesti mak abah akan fikir anak dia ni buang tebiat haha,.tapi itu la yang kadang buat mereka terhibur dan akan rasa rindu bila kita tak ada di rumah,.*tetibe rase nak nangis pulak,ujan lebat ni*,.kadang tu, bila usia semakin meningkat, kita akan rasa lebih terbuka untuk bercerita itu ini dengan mak abah,.sebabnya, kita akan rasa mak abah lebih bersifat terbuka,.ye la kan,dah dewasa,.mesti la cara layanan pun dah lain,.bak kata kakak saya, bila umur dah 21 ni kita dah dikira bebas,.*oke xde kaitan haha*

Apa2 pun, kita mesti berfikiran positif terhadap semua ujian yang kita hadapi,.fikir baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan sebab akan effect hidup kita pada masa akan datang,.

Terima kasih pada yang dah mendorong saya untuk menjadi seorang yang matang,.
XOXO :)