Sunday 29 September 2013

..DINNER KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT UM..

Assalamualaikum, selamat petang, selamat berhujung minggu,.
dah lame btol x ziarah blog ni, bersawang berhabuk beranai-anai segala ada ha,.
hari ni pn saje je curi masa nak menaip sbb dah lame sgt blog ni terbiar,.
cerita yg nak dikongsikan pn dah lapuk da,pasal dinner kolej mase bulan 4,.
ha,dah nak habis taon baru la nak cerita,advance sgt,.

ok ok,nak start cerita dah,dinner kolej 4 ni advance sikit sbb ktorg ade 2 fasa,.
die pnye excited tu mcm hape je sbb sblum ni mne la ade dinner2 ni kat sekolah kan,.
plus kite kne pakai ikut tema kan,lagi la excited,.
fasa 1 tu tema die "Back to school" ha,mengimbau sgt,.
kne pakai baju sekolah tu mmg terasa balik la sifat keanak-anakkan kite,.
seronok sgt,.
moh kte flashback :








ok,dah sudah flashback fasa 1,.
kite pg fasa 2 plak,.
fasa 2 ni kite rase matang sikit sbb tema die "Starry night on memory lane",.
ha,so kne la pakai baju elegan tema merah hitam putih,.
ala retis gitu,.
dinner fasa 2 ni mmg terasa sgt kelainannye, macam2 persembahan ada, decoration dekat hotel pn cantik sgt, mmg mencipta memori la,.
time ni xboleh nk giler2 sgt sbb kne cover2 ayu sikit,da pakai lawa2 kan ha,.
ok moh flashback balik :











tudia kisah dinner kolej 4,.
best kan kan ?
tak sabar nak tunggu dinner taon depan pulak,.
harap2 semuanya berjalan lancar and best,.
sekian saje cerita dinner kite untuk hari ini,.
semoga berjumpa lagi,.








Friday 3 May 2013

..DAKU BERBORIA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bloggers^^
Dah lama betul tak update blog ni,.
tak tau la kenapa busy sgt sejak dua menjak ni,.
Nak bukak blog sekejap pun xsempat,haih,.
So,ni tgh free time ni curi la masa sikit nak update blog pasal BORIA yang saya join pada 18 Mac yang lepas,ohoi lame betul baru saya nak update pasal ni,kisah dua bulan lepas ni,hehhe,.

Actually,pada mulanya tak pernah terniat pun nak join boria or something else,sebab saya freshie dekat UM,so tak tau sgt pasal aktiviti yang ada,. Saya join ni pun sbb ada senior boria(kak mun) yg rekomen, so ape lagi, just grab the opportunity la,haha,.Mula2 tu cuma saya sorang je junior perempuan yg join, junior lain pun cuma lelaki je,so agak sunyi la,xde member,huhu,. Tapi waktu perkampungan untuk latihan boria tu dah mula la tambah lagi sorang junior perempuan iaitu Hajar^^,. Da ade member ni seronok la sikit,. Memang seronok sgt sepanjang perkampungan tu,walaupun penat sbb berlatih dari pagi sampai malam tapi dengan adanya ahli boria yg gila2 tu semua membuatkan penat tu hilang,. Banyak sgt kenangan,tak dapat nak cerita semua,. Ada 1 hari kitorang hang out same2 pergi the curve pusing sana sini and last2 karaoke,haha,. Suara dorang sume sedap2, suara saya(ehem) ke laut,haha,.

18 Mac tu memang semua dah nervous sgt,.saya lagi la nervous sbb ni la first time nak naik pentas Dewan Tunku Canselor kat UM ni,.rasenye kalau xjoin bende2 macam ni memang waktu grad nanti je la baru dapat peluang nak naik pentas tu,.Persembahan malam tu giliran kami adalah yang keenam daripada tujuh kumpulan,. Dah tgk kumpulan yg lain semua buat persembahan mmg bertambah-tambah la gemuruh di hati ni,. Bila,tiba je giliran ktorang mmg naik atas pentas tu mmg semua dah naik hantu la berjoget beriya giler,mmg layan la,. Perasaan gemuruh tu semua dah hilang dah,. Malam tu mmg da buat persembahan yg mmg ktorang rase puas dan tak kisah pun dengan apa2 keputusan,. Kumpulan kami(wakil Kolej Kediaman Keempat) mendapat tempat ketiga dan kami rasa bersyukur sgt,. Walaupun kami bukan juara di mata juri tetapi kami juara di mata penonton,. Terima kasih pada yg hadir untuk menyaksikan persembahan kami, korang la penyumbang semangat kami terutama sekali awak^^,. Terima kasih juga kepada Encik Rahimi yg da bersusah payah melatih kami siang malam,.

Kat bawah ni ada video persembahan kami dan beberapa gambar kenangan :








ni link video,maaf sebab xbleh nak letak kat sini,tak tau la knpe,so korang kene tekan link ni dan tgk kat youtube,.


Selamat menonton,.
XOXO

Sunday 24 March 2013

..My Birthday..

Assalamualaikum, selamat petang readers^^
Setelah berbulan-bulan lamanye baru hari ni saya nak post entry My Birthday ni,.
Memang xsesuai sgt entry ni di-publish sekarang sbb birthday saya da lama lepas,hukhuk,.
Tapi saya nak publish jugak sbb nak hargai mereka2 yg dah sambut birthday sy n bagi hadiah pada sy,.
Walaupun birthday tahun ni disambut dgn sederhana pada jatuhnya tarikh tersebut(ayat terbelit), tetapi pada hari esok dan seterusnye birthday sy disambut dgn meriah oleh family^^
Tahun ni sgt seronok sbb dpt sambut birthday dgn kawan2 baru, ada jugak senior yg birthday sama dgn sy, so overall mmg pengalaman yg sgt bermakna la,.
Kawan2 pn ada buat surprise, ada jugak yg bg surprise 2 kali(org yg sama), dan macam2 lagi,.
Da xtau nak cerita apa lg,entry ni pn macam kekok sikit sbb da lme xbuat entry disebabkan kesibukan terlampau,huhu,.
Oke2,kat bawah ni ada la sedikit kenangan sepanjang birthday sy tahun ni, maaf kpd sesiapa jika ada yg hadiahnya x dilekatkan dlm entry ni, mungkin sy terlepas pandang, ni yg dapat sy tunjukkan :


 hadiah drpd classmates,.ni surprise drpd mereka^^


ini kad n hadiah drpd En. Amirul Aizat,.kreatif sungguh,haha,.ske sgt hadiah ni,thanx ya,.really appreciate it^^


ni kek drpd ehem(dirahsiakan, maaf ye, hiks)


ni kad drpd Anis Hijrah,.tomey2 sgt kad ni^^






Maaf sbb ayat dlm entry ni agak serabut sama seperti serabutnye kepala sy ni,huhu,.
jumpa lagi di entry seterusnye,.
XOXO

Monday 28 January 2013

..Kalendar 2013 Daripada Kak Shida..

Assalamualaikum,selamat petang kepada semua readers,.
Setelah sekian lama tak update blog,akhirnya hari ni baru la ade bende yg nak diceritakan,.
Almaklum la,baru je balik rumah untuk cuti sem,memang tak menyempat la nak update itu ini,.
Alhamdulillah,masa sampai je hometown,my cousin da selamat diijabkabulkan,walaupun tak sempat nak tgk tp sempat makan,muahaha,.
Seronok tgk mereka sudah berumahtangga,aq bila lg,eh2,lambat lagi,haha,tunggu abg kahwin dulu oke :D
Oke2,back to the real topic,.
Sampai je rumah kelmarin,aq terus belek2 surat yg ada kat rumah,kononnye macam ada surat cinta untuk aq,haha,.
Tanya mak abah "ada surat untuk org tak?" tp diorang buat xtau je -.-
Lepas tu bila da jumpa satu surat yg ada nme aq bru la abah nak cakap ada surat untuk aq,.
ehek ehek,xpe2,.
Ha dalam sampul surat tu ada la jeng jeng jeng.............................








Kalendar 2013 daripada Kak Shida,.


Akhirnya dapat jugak,.
Xtau la ble kalendar ni sampai kat rumah,heheh,tp yg penting da dapat,.
Thanx Kak Shida^^
Background tu karpet rumah kat kampung,haha,kredit ckt,.
Emm emm ptg2 mcm ni best kalau pekena cendol dgn pisang goreng,.
Oke la,nak pi mkn ptg ni,haha,.
Semoga berjumpa lagi di entry yg akan dtg,.
XOXO

Friday 18 January 2013

..Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak..

Assalamualaikum,.
Salam seni suara kpd semua blogger,.
Giveaway lagi,.
kali ni special sikit sebab tuan punya giveaway sendiri yang jemput saya tuk join giveaway ni,.
Ha,ape lagi,jangan lepaskan peluang,.
Klik banner kat bawah ni,.









maaf la sebab saya tak cukup kreatif dan tak cukup senget,.
ni je yang mampu saya sediakan,.


mengail ikan di sawah padi,
hari ini makan ikan keli,
jika kawan-kawan menerjah ke sini,
marilah sama-sama join giveaway ini.



haha,pantun empat kerat ni je yang terlintas dalam kepala ni,.
saya sediakan khas untuk semua blogger yang terjah entry ni,haha,.



oke,kat bawah ni semua senarai sponsor,.
memang ramai sangat,.
so,x rugi kalau join ^^


 JiwarOsak 

  mGosip
  Cuba Teka 
 
dan semua peserta akan menerima brooch tajaanBelalang Hijau Perisik
 
 
 
 
saya nak tag awak :

..Happy Blogging Giveaway !!!..

Assalamualaikum,.
Selamat sejahtera,.
kita berjumpa lagi ^^
hari ni sy nak join satu giveaway ni,.
Giveaway ni agak menarik perhatian sy sbb hadiah dy awesome,.*thumbs up*
bagi sesiapa yg rase nak join jgak tu klik la banner yg comel kt bawah ni,.
mari beramai-ramai meriahkan giveaway ni ^^






disebabkn nama giveaway ni 'Happy Blogging',so marilah kte blogging dengan gembiranya ^^
semoga semua yg join giveaway ni berjaya ya,.:)
XOXO

Sunday 6 January 2013

..Giveaway dari Kak Shida ^^..

Assalamualaikum,salam sejahtera,daripada diriku iaitu blogger yg over kepada readers semua yg ku sayang ^^
Hari ini saya sangat berbahagia (tapi xde la bahagia sgt sbb tgh final exam,huhu) kerana telah mendapat khabar bahawa blog saya tersenarai dalam random list Kak Shida dan bakal mendapat kalendar 2013 ekslusif dibuat sendiri oleh Kak Shida,.
Wah,seronoknye :D
ni kali kedua la saya dpt something dari giveaway yg sy pernah join,.
mmg seronok sgt2,.
same la mcm dulu,bukan main meloncat lagi bila tengok link blog saya tersenarai,wah wah,dah macam ape je,.
terima kasih la kepada Kak Shida yg berbaik hati memberi kami hadiah sempena ulangtahunnya yg ke 26,.
patutnya kami yg bagi hadiah pada Kak Shida,tapi ni terbalik pulak,ktorg yg dapat hadiah,.
mmg baik betul la Kak Shida ni,semoga dimurahkan rezeki ^^
ha,ni excited sgt ni sampai nak tunjuk bukti,ni ha tengok la kat bawah ni :



wah2,no 13 tu,.blog yg bertuah ^^,.Alhamdulillah,.





sekarang ni dah tak sabar nak tunggu kalendar tu sampai rumah,hewhew,.
Terima kasih Kak Shida :D
oke la,sampai di sini sahaja,.semoga berjumpa lagi di entry yg seterusnya,.
XOXO