Thursday, 1 October 2015

..GUA TEMPURUNG, GOPENG, PERAK..

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam aktiviti luar,.


Hari ni saje nak share pengalaman caving beberapa bulan yang lepas,.haha dah berbulan baru nak cerita, ni sebab tertengok balik gambar2 hari tu,.tetibe rindu pulak,.tapi jenuh jugak la nak recall balik ape yang kitorang buat dalam gua tu,.almaklum la aku mengalami masalah ingatan yang kritikal, sesuka hati je nak lupa2,.kitorang pergi ni lepas hari raya lepas kawan kitorang tu kahwin,.actually lame dah plan nak pergi,plan sejak bulan puasa lagi,.kemain la survey itu ini ajak orang tu orang ni,.kawan pulak siap tweet lagi tanye sesape yang nak join lagi,.mula2 syok dah dapat 10 orang,so boleh la fefeeling nak amik tour 4,sebab minimum 8 orang kalau nak amik tour 4 tu,konon nak adventure,.lepas tu,lepassssss tu tetibe sorang demi seorang tarik diri sebab masing2 ada yang mak tak bagi pergi caving dan ada yang keje (nangis...),.dari 10 orang tu tinggal la 4 orang je (sedih...T_T),.tapi takpe,kitorang positif je masing2,.masing2 cakap "takpe,esok kita tawakal je join sape2 yang ade kat sane",.masih mengharap nk join tour 4 tu,padahal tinggal 4 kerat je haha,.tiba hari kejadian,kitorang 4 orang ni memang excited sangat2 la,.walaupun ni kali kedua aku ke sana tapi excited jugak sebab kali ni pergi dengan kawan2 yang kecoh kepoh mak jemah,so bila diorang excited,aku pun kena tempias jugak,.

Dah sampai gua tempurung tu kitorang tengok ramai gila orang kat situ,.banyak rombongan sekolah jugak,.ah sudah,boleh ke kitorang nak join ni,.ade tempat kosong ke haa,.takpe,positif je lagi,.gigih la pergi kaunter dengan harapan dapat masuk gua,.dah tanya2,yeayyy dapat tiket,tapi kitorang amik tour 3 je,harganya 15 hengget dan kitorang join kumpulan budak sekolah menengah asrama ape ntah tak ingat,diorang dari sungai petani,datang camping area situ,.jadi la,asalkan dapat masuk,.



ni haa pakej masuk gua tempurung yang ada,.kat sini sebenarnya bukannya boleh masuk gua sahaja,ada jugak aktiviti lain,tapi aku tak amik gambar pakej yang lain tu,.next time la kitorang datang situ lagi nanti buat aktiviti lain pulak,.gambar ni pun ihsan dari kawan aku herher,.




Okay dah seronok ni dapat masuk,.belum masuk gua lagi dah berapa keping gambar dah click click click,sampaikan cikgu dari kumpulan budak sekolah tu toleh belakang suruh kitorang masuk sebab risau tertinggal pulak nanti haha,.dah masuk tu haa kemain jakun nampak sungai dalam tu,.macam tak pernah nampak sungai,.baru sepuluh langkah masuk gua,start lagi tangkap gambar pungpangpungpang,.cikgu tu toleh belakang lagi,.agaknya cikgu tu kesian sgt tgk kitorang angkat2 tangan nak wefie tu,dia pun offer la diri dia tolong tangkapkan gambar haha,.haa lupa nak cakap,masuk gua tu bawak lampu picit tau,kalau nak bawak handphone,bawak la waterproof case sekali,kang bertakung pulak air masuk dalam handphone tu,elok2 seronok masuk situ kang keluar menangis,lain la kalau handphone tu memang waterproof,.okay sambung balik,.masuk situ ikut group tau,ada sorang abang ni akan guide dan kita akan stop kat certain tempat dan abang tu akan cerita la sikit itu ini pasal gua tu,pasal stalactite stalagmite,dan bentuk2 yang ada dalam tu,.disebabkan kitorang duduk belakang sekali,memang tak dengar la ape yang abang tu cakap,.mula la masing2 "haa? haa? haa?",.lepas tu buat cerita sendiri haha,.kat dalam tu memang dia ada letak tag bagitau spot untuk bergambar yang cantik untuk orang2 yang masuk situ,.haa kitorang pun ape lagi,tangkap gambar macam tempat tu takde orang lain,.buat dekkk je,.kat bawah ni ada la gambar sikit persekitaran dalam gua tu,kawan aku yang tangkap,aku tak bawak handphone pun,.









Banyak lagi sebenarnya gambar,tapi ni je yang aku jumpa dalam handphone haha (lempang sikit),.dinding dalam gua tu cantik tau,berkilat bersinar sinar macam diamond,.lepas tu aku pun cakap la kat kawan2 aku yang dinding tu sebenarnya garam,.semua pun percaya la "yeke? yeke?",.aku pun cakap la "try la jilat",.hahaha mintak penyepak,sesuka hati je buat cerita,.kat dinding2 gua tu pun banyak la orang ukir2 nama konon nak buat memori pernah masuk situ "jenab love atan selamanya",.aku yang dengki ni pulak mula la cakap "ni mesti dah putus ni",.jahat tau mulut,.kawan2 jangan contohi saya ye,.padan muka diri sendiri takde pakwe (nangis...),.


Ada satu tempat ni orang kata ada aircond,kalau berdiri kat situ memang akan rasa angin sejuk je,.nikmat tau,sebab berjalan ramai2 dalam tu panas sangat dengan orang yang ramainya,.dah berdiri kat situ memang lama la stop amik angin,sampai nak kena tinggal dengan group budak sekolah tu lagi haha,.jalan punya jalan lagi,kawan aku yang 2 orang tu tak berhenti pulak tangkap gambar,aku hanya mampu geleng kepala,.kalau boleh setiap dinding gua tu dia nak selfie tau,.nasib baik tak kena tinggal lagi,.

Dah separuh jalan,mula la aktiviti yang best iaituuuuu gelongsor haha,.tapi kena tunggu turn la nak turun tu,agak lama jugak tunggu sebab masa tu memang ramai orang,.seronok kot gelongsor situ,tapi aku gedebuk jugak la landing,kesian budak yang jaga kat bawah tu,hakak ni laju sangat gelongsor,sorry dik,akak ni xcukup berat,turun tu laju je macam terbang xde stop2,.lepas gelongsor,kita merangkak-rangkak pulak dalam air,.sebab bumbung tu rendah,terpaksa la tunduk2 merangkak dalam tu,.jaga2 la jangan sampai terhantuk pulak,.merangkak-rangkak tu sampai la hujung,rupa-rupanya jumpa balik sungai yang mula2 nampak masa masuk tu,.bezanya masa masuk tu lalu atas,nak keluar ni lalu sungai tu,.kami pun seronok la baring2 dalam air since budak2 sekolah tu semua dah keluar dari gua,haha,.macam budak2 sangat,.maka,tercapai la impian kami nak masuk gua tempurung hari tu,.seronok sangat,.ni dah niat nak datang situ lagi tapi buat aktiviti lain pulak,.tapi kena tunggu cuti la,.ni tengah intern mane ada cuti (nangis...),.sorry la kalau gambar yang ada ni macam tak cukup dan tak nampak sangat gambaran dalam gua tu,.boleh la cuba google kalau nak gambar yang lagi banyak,.

XOXO




Genggua


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete